BIDARA SYIFA

RAWATAN MENGGUNAKAN DAUN BIDARA

 

Salah satu ikhtiar self theraphy syifa ialah rawatan menggunakan daun bidara. Ia secara khusus digunakan dalam merawat penyakit-penyakit bersihat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir. Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan para ulama terdahulu yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama dalam mengatasi orang yang terkena sihir.

 

Antara dalilnya ialah sebagaimana yang dsebutkan oleh Abul Hasan Ali ibn Khalaf yang dikenali Ibn Battal al-Maliki yang mensyarahkan sahih Bukhari ketika menghuraikan hadith berkenaan sihir :

 

“(Hendaklah dia mengambil tujuh helai daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya di antara du abatu (iaitu menggunakan lesung) kemudian digaul dengan air lalu dibacakan ayatul kursi, tiga qul (ada yang mengatakan empat qul termasuk surah al-Kafirun) kemudian dihirup tiga kali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah, ia baik bagi lelaki yang tertahan daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir)”

 

Dalam contoh lain, Nabi SAW juga menjelaskan bahawa ketika memandikan mayat selain dimandikan dengan air bersih, salah satu mandian mayat tersebut perlu menggunakan campuran air dengan daun bidara. Ini menunjukkan terdapat khasiat khusus pada daun bidara sehingga digunakan ketika memandikan mayat.

 

Kaedah rawatan :

Ambil sekurang-kurangnya 21 helai daun bidara untuk kegunaan tiga hari iaitu setiap hari menggunakan 7 helai. Ambil tujuh helai daun bidara ini kemudian tumbuk dengan lesung batu sehingga separuh hancur. Campurkan daun yang separuh hancur itu dengan air yang telah didoaka. Minum sedikit air ini kemudian dibuat bilasan mandi di waktu petang. Lakukan kaedah ini selama tiga hari berturut-turut.

Rujukan : Rawatan Penyakit Jasmani (I), Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din

 

Herba adalah penawar pelbagai penyakit. Beralihlah kepada penawar yang berasaskan herba semulajadi. 100% selamat tanpa kesan sampingan. Herba ini telah digunakan sejak beribu tahun dahulu. Marilah mencuba alternatif penyembuhan sendiri dengan gel mandian bidara syifa.

Gel Mandian Daun Bidara mengandungi ramuan daun

bidara, Lavender & Peppermint..

 

Mandian aromaterapi BIDARA memberi ketenangan dan

kesegaran kepada tubuh.

Mandian daun bidara juga secara khusus digunakan

untuk membantu mengatasi penyakit-penyakit

bersifat rohani termasuk gangguan emosi, susah

tidur, gangguan makhluk halus dan sihir.

Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan para

ulama terdahulu yang menjadikan daun bidara

sebagai bahan rawatan utama dalam mengatasi orang

yang terkena sihir.

 

Ustaz kata syaitan & jin alergic dgn daun bidara,

macam serangga takut dgn serai wangi.

 

Antara kesan selepas mengunakan Gel mandian BIDARA SYIFA Seriemas ini:

 

1. Tidur malam lebih nyenyak

2. Mudah bangun awal pagi

3. Rasa segar selepas mandi

4. Tiada lagi mimpi silam disekolah, rumah lama,

universiti

5. Tiada lagi mimpi seram yang bukan-bukan

6. Jika mimpi tidak memenatkan.

7. Kulit lebih bersih

8. Wajah yang lebih berseri on photo

9. Seperti bertambah AURA/energi diri

 

Merawat gangguan sihir dengan daun bidara.

 

Dalil bahawa Daun Bidara beserta Rukyah mengubati Sihir:

Ibnu Kathir dalam huraiannya apabila menafsirkan Surah Al Baqarah Ayat 102 berkaitan Syaitan yang memfitnah Nabi Allah Sulaiman bahawa baginda menggunakan Sihir bukan Mukjizat meriwayatkan bahawa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah swt kepada RasulNya untuk menghilangkan hal itu iaitu membaca al-muawwidzatian (al-Falaq dan an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan .:

Al Qurtubi menceritakan daripada Wahab untuk mengubati Sihir: “Diambil 7 helai daun bidara ditumbuk halus lalu dicampurkan air dan dibacakan Ayat Kursi dan diberi minum pada orang yang terkena sihir tiga kali teguk dan baki airnya diguna untuk mandi, Insya Allah akan hilang sihirnya”. “Dan diutamakan membaca Qul A’uzubil Falak, Qul A’uzubirabinnas juga ditambah Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir Syaitan.” (Tafsir Ibn Katsir Jilid Satu Terjemahan Pendek Laman 171) (Tafsirul QuranilAzim Juz: 1 halaman 372)

 

Berikut ini beberapa khasiat atau manfaat daun bidara:

 

1.Daun Bidara Dan Memandikan Jenazah

Ummu ‘Athiyyah Rodhiyallohu’ Anha berkata, “Nabi Shollallohu Alaihi Wa sallam pernah menemui kami sedangkan kami kala itu tengah memandikan puterinya (Zainab), lalu Beliau bersabda: ‘Mandikanlah dia tiga, lima, (atau tujuh) kali, atau lebih dari itu. Jika kalian memandang perlu, maka pergunakan air dan daun bidara. (Ummu ‘Athiyyah berkata,’ Dengan ganjil? ‘Beliau bersabda,’ Ya. ‘) Dan buatlah di akhir mandinya itu tumbuhan kafur atau sedikit darinya. “(HR al Bukhari 3 / 99-104, Muslim 3 / 47-48, Abu Dawud 2 / 60-61, an Nasa-i 1 / 266-267, at Tirmidzi 2 / 130-131, Ibnu Majah 1/445, Ibnul Jarud 258-259, Ahmad 5 / 84-85, 4076-4078, Syaikh al Albani – Hukum dan Tata Cara Mengurus Jenazah hal 130-131).

 

2.Daun Bidara dan Wanita Haidh

‘Aisyah secara marfu’, “Salah seorang di antara kalian (wanita haidh) mengambil air yang dicampur dengan daun bidara lalu dia bersuci dan memperbaiki bersucinya. Kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya seraya menggosoknya dengan gosokan yang kuat hingga air masuk ke akar-akar rambutnya, kemudian dia menyiram seluruh tubuhnya dengan air. Kemudian dia mengambil secarik kain yang telah dipalit dengan minyak misk lalu dia berbersih darinya. “‘Aisyah berkata,” Dia mengoleskannya ke bekas-bekas darah. “(HR Muslim no. 332 dari’ Aisyah)

 

3.Daun Bidara Dan Ruqyah

Ulama Wahab bin Munabih menyarankan untuk menggunakan tujuh helai bidara yang dihaluskan. Kemudian dilarutkan dalam air dan dibacakan ayat Kursi, surat al Kafirun, al-Ikhlas, al Falaq dan an Naas. (Boleh juga dibacakan ayat-ayat al-Qur’an yang lain) Lalu dipergunakan untuk mandi atau diminum. (Lihat Mushannaf Ma’mar bin Rasyid 11/13) .Menumbuk tujuh helai daun pohon Sidr (daaun bidara) hijau di antara dua batu atau sejenisnya, lalu menyiramkan air ke atasnya sebanyak jumlah air yang cukup untuk mandi dan dibacakan di dalamnya ayat-ayat al Qur-an.

 

Setelah membacakan ayat-ayat tersebut pada air yang sudah disiapkan tersebut, hendaklah dia meminumnya sebanyak tiga kali, dan kemudian mandi dengan menggunakan sisa air tersebut. Dengan demikian, insya Allah penyakit (sihir) akan hilang. Dan jika perlu, hal itu boleh diulang dua kali atau lebih, sehingga penyakit (sihir) itu benar-benar sirna. Hal itu sudah banyak dipraktikkan, dan dengan izin_Nya, Allah memberikan manfaat padanya. Rawatan tersebut juga sangat baik bagi suami yang tidak boleh berhubungan badan kerana terkena sihir.

 

4.Daun Bidara Untuk Makanan atau Minuman

Buah bidara dari kultivar unggul boleh dimakan dalam keadaan segar, atau diperah menjadi minuman penyegar, juga dikeringawetkan, atau dibuat manisan. Di Asia Tenggara, buah yang belum matang dimakan bergaram. Pernah dilaporkan bahawa buah bidara juga direbus dan menghasilkan sirop.Di Indonesia, daun mudanya diolah sebagai sayur-sayuran; daun-daunnya dapat pula dijadikan makanan. Di India, pokok bidara merupakan salah satu daripada beberapa jenis tanaman yang digunakan untuk penyelenggaraan serangga lak; ranting-ranting yang terbungkus oleh rembesan serangga itu dipungut untuk diproses menjadi sirlak. Kulit kayu dan buahnya menghasilkan bahan pewarna. Kayunya berwarna kemerahan, bertekstur halus, keras, dan tahan lama, dan digunakan sebagai kayu bubut, alat rumah tangga, dan alat-alat lain. Buah, biji, daun, kulit kayu, dan akarnya berkhasiat obat, terutama untuk membantu pencernaan dan sebagai tuam untuk luka. Di Jawa, misalnya, kulit kayunya digunakan untuk menyembuhkan gangguan pencernaan, sedangkan di Malaysia bubur kulit kayunya dapat dimanfaatkan untuk ubat sakit perut.

 

5.Daun Bidara atau daun bidara cina

Bidara acap ditukar identitinya dengan bidara cina (Ziziphus Zizyphus; sinonim Z. jujuba Miller, Z. vulgaris Lamk.). Sebutan yang sekarang ini sering kita dengar dengan panggilan Daun Bidara cina adalah kerana Bidara yang terakhir ini ditanam di China bahagian utara.Dan di Indonesia orang menyebut daun bidara dengan sebutan bidara cina kerana juga dalam sebuah sumber ada suatu kawasan yang disitu banyak tinggal orang keturunan cina dan menanam daun bidara. Daerah tersebut pun kini dinamakan daerah Bidaracina.

 

Cara penggunaan daun bidara adalah:

a. Ambil daun bidara pada bilangan ganjil, paling sedikit 7 helai daun, taruh di penggilingan / cobek dan tumbuklah hingga halus (dicampur sedikir air)

b. Selepas halus, campurkan dalam segelas air untuk diminum

c. Atau dicampur dan dikacau dalam sebaldi air untuk buat mandi

d. Boleh juga di tambah air hujan, ambil air hujan lansung dari atas memakai bekas yang besar

e. Untuk sakit asam urat dan kolesterol, persediaan ngilu lebih baik di tambah garam beriodin.

 

 jangan lupa sebelum dibuat mandi atau diminun bacakan dulu ayat-ayat ruqyah. Jika dibuat untuk mandi lebih afdal air daun bidara ditaruh di bateup dan pesakit berendam selama 10 minit atau jika tidak ada pada bilasan pertama gunakan air daun bidara lalu gosok-gosok ke tubuh dan diamkan selama 5 minit lalu bilasan kedua gunakan air biasa dan sabun mandi.

Semoga di beri kesembuhan bagi yang mengalami ganguan jin.

 

Salah satu ikhtiar yang diusahakan di Darussyifa’ ialah rawatan menggunakan daun bidara. Ia secara khusus digunakan dalam merawat penyakit-penyakit bersihat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir. Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan para ulama terdahulu yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama dalam mengatasi orang yang terkena sihir.

 

Aromaterapi Limau Purut pula dapat meningkatkan kesegaran badan yang letih dan lesu akibat stress. Bauan ini juga menghilangkan bau badan serta patinya dapat melembutkan kulit. Pastinya meninggalkan bau nyaman segar di ruangan kamar mandi anda.

Garam bukit yang terkandung dalam gel mandian juga diketahui umum untuk membersihkan aura negatif badan.

SESUAI UNTUK DEWASA & KANAK KANAK.

BAYI DINASIHATKAN UNTUK MENGGUNAKAN RAISHA BABY SIDR BIDARA (FORMULA TIDAK MEMEDIHKAN MATA).

Sepanjang menggunakan produk ini, anda diminta untuk mengamalkan beberapa amalan selepas Solat Subuh dan Asar seperti berikut:

Membaca Surah al-Fatihah 1 X
Membaca Ayat al-Kursi 1 X
Membaca Surah al-Ikhlas 3 X
Membaca Surah al-Falaq 1 X
Membaca Surah an-Nas 1 X
Membaca Selawat ke atas Nabi S.A.W sebanyak 21 X

WAJIB: Letakkan pergantungan yang tinggi kepada Allah S.W.T agar segala masalah dapat diatasi dengan mudah. 

Produk yang disediakan adalah sebagai ikhtiar untuk sembuh. Nabi Ibrahim A.S menjelaskan bahawa yang menyembuhkan dirinya ketika sakit hanyalah Allah. (Surah As-Shuara' 26:80). 

Jika Nabi Ibrahim A.S yang tinggi kedudukannya memerlukan untuk berdoa kepada Allah S.W.T bagi menyembuhkan penyakitnya, sudah pasti kita sebagai manusia biasa pasti perlu berdoa kepada Allah S.W.T bagi menyembuhkan masalah penyakit kita.

Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2019
Powered with
by AVANA
Click Below To Share